Wednesday, May 1, 2013

Pecah Berita: Isteri Mendiang PI Bala Dah Buka Rahsia




Hampir 5 tahun mendiang PI Bala dan keluarga terpaksa melarikan diri keluar dari Malaysia. Ancaman melibatkan nyawa akibat dari pendedahan Akuan Bersumpah (SD) siri 1 dan 2. Akibat keperitan hidup di Negara orang, akhirnya terpaksa pulang semula ke Malaysia.

Apakah salah berkata benar - Puan Santamil Selvi

PI Bala diminta untuk mengubahsuai SDnya  untuk memadam nama penglibatan Kenamaan berkaitan kes pembunuhan model Monggolia Altantuya Shaariibuu.
 

Harap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Dalam pakatan cara sulit beliau dijanjikan imbuhan RM5 juta untuk memulakan hidup baru di India. Rupanya janji penyamun tidak boleh dipakai, janji hanya tinggal janji. RM5 juta entah kemana.

Sejak pulang ke Malaysia pada Ahad, 24 Februari sejak 2009. PI Bala sempat buat pengakuan bahawa SD ke-2nya semua tipu belaka. Hanya SD pertama benar belaka. Seperti dah dijangka.. akhirnya PI Bala meninggal akibat sakit jantung katanya. Menurut isterinya tidak pernah pula PI Bala mengadu mengidap masalah jantung.. seolah satu mesteri pula!

Biasanya pesakit jantung diberi peluang hidup kali kedua seperti Dr Mahathir pernah buat pembedahan sebanyak 2 kali. Datuk Dr Haron Din pula telah dibedah sebanyak 5 kali...

Banyak melemparkan tuduhan bahawa PI Bala ditaja oleh PKR untuk buat pendedahan ini, tapi dinafikan oleh isterinya. Kerana sedikit sebanyak konspirasi ini dapat juga dihidu isterinya… sebagai orang yang paling rapat dengan suaminya…

Beliau tampil kali ini untuk membersihkan nama mendiang suaminya, ikuti pendedahannya..(lihat sebelum dikeluarkan dari YouTube) jika gagal cuba malaysiakini facebook.

 




No comments:

Post a Comment