Thursday, May 2, 2013

PRU13: Ceramah Pakatan terus dibanjiri puluhan ribu orang, derma dikutip RM263,328.80




Gelang Patah: Selepas ceramah mega Pakatan Rakyat berakhir, pengacaranya mengumumkan bahawa jumlah hasil kutipan semalam adalah sebanyak RM263,328,80.

Ia merupakan RM173,328,80 yang dikutip dari ceramah malam ini sahaja dan RM90, 000 lagi dikumpul daripada siri program yang diadakan pada sebelah siangnya.

Jumlah tersebut merupakan kutipan yang terbanyak sejak kempen pilihan raya bermula pada 20 April.

Johor Bahru: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pilihan raya umum ini adalah pilihan antara politik lama yang mengamalkan diskriminasi kaum dan politik baru yang memberikan layanan yang adil kepada semua.

Beliau berjanji jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, ia akan memberi bantuan penuh kepada semua sekolah dari aliran yang berbeza selagi mereka mengukuhkan bahasa kebangsaan.

Beliau juga memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa tidak ada sebab untuk takut kepada ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Gelang Patah: Orang ramai yang membanjiri ceramah Pakatan di Skudai meningkat kepada 70,000 orang.

Dalam ucapannya, Anwar menggesa semua pengundi untuk menyokong calon-calon pembangkang, terutama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, untuk membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad salah.

Beliau berkata, mungkin namanya Lim Kit Siang tetapi beliau adalah seorang yang berprinsip.

Anwar berkata, Mahathir dilaporkan menggesa rakyat menguburkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dan karier politiknya di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum kali ini.

Johor Bahru: Kira-kira 10,000 orang menghadiri ceramah
Pakatan di tapak pasar di sebelah Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di mana Anwar dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijadual berucap.

Orang ramai memenuhi kawasan tersebut walaupun agak gelap, termasuk yang duduk di atas lantai untuk mendengar ucapan.

Bagaimanapun, ia terganggu sekejap apabila seorang wanita menjerit apabila tikus melintas tempat beliau duduk.

No comments:

Post a Comment